"Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya."
(Yusuf 12:93)
Setelah Yusuf memperkenalkan dirinya kepada saudara-saudaranya, dia lalu menanyakan kepada mereka tentang ayahnya yang oleh mereka dijawab, bahawa beliau buta dan tidak boleh melihat lagi. Seketika itu Yusuf memberkan bajunya kepada saudara-saudaranya dan disuruhnya mereka membawanya pulang ke negerinya. Dan apabila mereka sudah sampai supaya dengan segera baju itu diletakkan ke wajah beliau, nescaya akan melihatlah dia kerananya dan akan lepaslah kotoran yang menutupi matanya itu.
Yusuf berani berkata demikian kerana dia mengetahui hal itu dengan perantara wahyu. Selain dari itu dia juga mengetahui bahawa sebab tertutupnya penglihatan ayahnya itu ialah kerana terlalu banyak menangis dan merasa sempit dada. Apabila ayahnya mengetahui baju yang menandakan bahawa Yusuf masih hidup dan selamat dari aniaya dan cubaan yang dialaminya, tentulah ia akan senang dan timbullah di dalam hatinya perasaan gembira.
Akhirnya ia akan melihat kembali seperti sedia kala. Selain dari itu, Yusuf juga meminta kepada saudara-saudaranya supaya mendatangkan segenap keluarganya ke Mesir baik lelaki mahupun perempuan ataupun anak-anak yang dalam suatu riwayat, bahawa semuanya berjumlah tujuh puluh orang.

No comments:
Post a Comment